Thursday 28 June 2012

BELIA LUAR BANDAR DISARAN TINGKATKAN JATI DIRI



MIRI 27 Jun - Golongan belia di kawasan luar bandar disaran meningkatkan potensi diri dengan ilmu pengetahuan dan maklumat terkini bagi membantu membangunkan kampung masing-masing.

Menteri Muda Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Pembangunan Keluarga negeri, Rosey Yunus berkata, langkah itu perlu kerana mereka juga perlu bersaing dengan golongan muda yang berada di kawasan bandar.

"Generasi muda di negeri ini dialu-alukan untuk merancang dan melaksanakan program berdasarkan inisiatif serta idea baru bagi membuktikan kreativiti mereka dalam memberi manfaat kepada umum.
"Kita tidak menghalang minat anak-anak muda untuk terlibat dalam aktiviti hiburan tetapi ia perlu seimbang dengan keperluan lain juga," katanya ketika berucap pada Majlis Ngiling Bidai di Rumah Panjang Bagai di Batu Niah dekat sini hari ini.

Sementara itu, Rosey yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu berkata, permohonan penduduk Rumah Panjang Bagai mengenai projek pembinaan benteng penghalang hakisan yang bernilai RM195,000 telah diluluskan oleh kerajaan.

Selain itu, beliau turut menyerahkan sumbangan sebanyak RM4,000 kepada Biro Wanita Rumah Panjang Bagai bagi menjalankan pelbagai aktiviti di peringkat kampung.

Katanya, golongan berpengalaman perlu memberi perangsang dalam mencurahkan ilmu kepada golongan muda bagi melahirkan generasi pelapis yang berkualiti. sumber Utusan

No comments:

Post a Comment