Wednesday, 23 January 2013

TAHNIAH FUAD MKT 4B MALAYSIA DIATAS MAJLIS PERNIKAHAN

Gerakan Belia 4B Malaysia mengucapkan setinggi tinggi tahniah kepada saudara Mohd Fuad Zainolddin Ahli Majlis Kerja Tertinggi 4B Malaysia diatas majlis pernikahan beliau pada hari ini.

Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia yang juga Timbalan Presiden Majlis Belia Malaysia turut sama meraikan majlis akad nikah beliau yang berlangsung pada jam 11 pagi disertai oleh rakan rakan dari GB4B kawasan Parit Buntar dan para jemputan dimulai dengan bacaan doa selamat di rumah beliau di Taman Kerian Parit Buntar.

Saudara Fuad telah diijabkabulkan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan Guar Perahu Hj.Mohd Idrus Bin Abdullah bersama pasangannya Nur Julia binti Azami.

Majlis yang berlangsung di masjid Kampung Pelek Penanti Seberang Prai Tengah Pulau Pinang yang juga berhampiran dengan kediaman pengantin perempuan.

Seluruh ahli Gerakan Belia 4B mengucapkan tahniah sekali lagi dan didoakan agar jodoh saudara Fuad kekal hingga ke akhir hayat.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment

Post a Comment