Sunday 27 May 2012

Fw: UCAPAN TAHNIAH DAN TERIMA KASIH DARI PRESIDEN GB4B

UCAPAN TAHNIAH DAN TERIMA KASIH DARI PRESIDEN GB4B

Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh dan salam 1 belia 1 Malaysia.

Alhamdulillah, syukur kita kehadrat Allah Subhanahuata'ala dengan limpah kurnianya maka kita semua telah berjaya menjayakan Himpunan Jutaan Belia pada tahun ini.

Saya selaku presiden GB4B Malaysia mewakili seluruh ahli-ahli GB4B Malaysia ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada Kementerian Belia dan Sukan, Menteri serta Timbalan Menteri Belia, barisan kepimpinan Kementerian Belia dan Sukan, Majlis Belia Malaysia, sukarelawan, khasnya JawatanKuasa HBN GB4B, Rakan 4Biz, Team filem Man Sewel Datang KL serta sukarelawan 4B yg menjayakan 4B Island dan Himpunan Jutaan Belia Amnya.

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk menjemput semua pembaca untuk sama-sama menonton filem Man Sewel datang KL yang akan berada di pawagam pada 31 Mei ini nanti, saya juga ingin menjemput kapada semua untuk sama-sama menghadirkan diri dalam pelancaran NRC4B pada 9 Jun nanti di ICT Shah Alam. Banyak acara menarik menanti semua yang hadir di pelancaran tersebut.

Kita semua telah berjaya dalam menjayakan himpunan ini kerana penyatuan diantara kita semua ditambah pula dengan bantuan dari pihak kerajaan di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita yang amat kita kasihi.

Saya amat tertarik dengan slogan Himpunan pada kali ini iaitu "Esok lebih Baik dari Hari ini", saya amat berharap agar kita semua menjadikan ia satu kenyataan dan bukan sekadar slogan.

Slogan ini sebenarnya adalah cabaran yang perlu disahut oleh golongan belia yang akan menjadi pemimpin dimasa-masa akan datang.

Demi untuk merealisasikan slogan tersebut, saya berharap agar seluruh belia tanahair dapat bersatu dalam semua perkara, tidak mengira apa juga bangsa mahupun keturunan.

Akhir kata, saya sekali lagi mengucapkan tahniah serta terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program Himpunan Jutaan Belia 2012. Sambutlah kata-kata keramat Gerakan Belia 4B Malaysia "BERGERAK, BERGERAK, BERGERAK".

No comments:

Post a Comment