Monday 16 July 2012

KENYATAAN AKHBAR PRESIDEN GB4B TENTANG 1M4U







KENYATAAN AKHBAR 1M4U
OLEH : SAUDARA MUA’AMAR GHADAFI JAMAL BIN DATUK WIRA JAMALUDIN
PRESIDEN GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA

Gerakan Belia 4B Malaysia sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang telah sekian lama menjalankan banyak aktiviti kesukarelaan bersama masyarakat merasa amat bangga, teruja serta menyokong penuh dengan pelancaran dana sukarelawan (DRe1M) oleh YAB Perdana Menteri Malaysia di KLCC pada 15 Julai yang lalu.

Pelancaran dana sukarelawan (DRe1M) ini adalah bukti kesinambungan keprihatinan YAB Perdana Menteri Malaysia terhadap masa hadapan generasi muda di Malaysia khususnya. Dengan adanya dana sukarelawan (DRe1M) ini saya harap ianya dapat menyemarakkan lagi semangat sukarelawan setiap belia dalam inisiatif aktiviti yang dianjurkan oleh pihak Kerajaan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) serta swasta sekaligus menunjukkan betapa seriusnya kerajaan bagi melahirkan golongan belia dan pemimpin muda yang mempunyai semangat patriotisma yang tinggi sekaligus mensiap siagakan golongan belia yang mempunyai semangat kesukarelaan yang tinggi tanpa mementingkan kepentingan peribadi.

Saya ingin tegaskan bahawa Gerakan Belia 4B Malaysia telah menjalankan aktiviti-aktiviti kesukarelaan dengan menubuhkan dan melancarkan Skuad 4B Prihatin sejak 2 tahun yang lalu. Dengan adanya skuad ini banyak aktiviti-aktiviti kesukarelaan bersama masyarakat telah diadakan dan dilaksanakan seperti membantu mangsa-mangsa bencana dan musibah seperti banjir, tanah runtuh dan sebagainya. Kesemua aktiviti tersebut telah dilaksanakan dan disertai oleh golongan belia yang kebanyakkannya terdiri daripada ahli-ahli Gerakan Belia 4B seluruh Malaysia.

Gerakan Belia 4B Malaysia yakin bahawa individu serta mereka yang dilantik sebagai CEO & pemegang amanah dalam mentadbir urus dana sukarelawan (DRe1M)  ini merupakan mereka yang rapat dengan dunia belia, memahami kerenah dan ragam para belia serta mempunyai semangat kesukarelaan yang tinggi bagi memastikan pentadbiran serta tadbir urus dana (DRe1M)  ini mencapai matlamat penubuhannya.

No comments:

Post a Comment