Monday 14 May 2012

UCAPAN PRESIDEN GERAKAN BELIA SEMPENA HARI BELIA NEGARA 2012



Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum warah matullahiwabarakatuh.

Salam sejahtera, Salam 1Belia 1Malaysia.

Saya Mua'amar Ghadafi Jamal bin Datuk Wira Haji Jamaluddin selaku Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut hari belia negara kepada seluruh warga-warga belia yang berada didalam dan diluar negara.

Syukur kita ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya maka kita dapat menyambut sambutan hari belia ini di negara kita dalam keadaan penuh aman damai serta harmoni.

Kita semua perlu sedia maklum bahawa tidak semua belia didalam dunia ini beruntung seperti kita di Malaysia yang dapat menyambut hari belia dalam keadaan harmoni walaupun kita mempunyai berbilang kaum, agama dan adat.

Ditambah pula kini kita semua diterajui oleh sebuah kerajaan yang sentiasa mengambil berat tentang kebajikan golongan belia seperti kita.

Hari ini kita (belia) telah diberikan tanggungjawab sebagai seorang yang benar-benar belia untuk menerajui dan meneruskan perjuangan demi kemajuan golongan belia di negara Malaysia yang tercinta ini.

Kita sebagai belia pada masa kini seharusnya menegakkan kedaulatan undang-undang dengan berpegang kepada prinsip kemasyarakatan secara majmuk, kita juga tidak perlu bermusuh-musuhan diantara satu sama lain hanya disebabkan oleh segelintir manusia atau sesetengah pihak yang tidak begitu menyenangi perpaduan serta permuafakatan sesama kita.

Kita seharusnya sama-sama melahirkan evolusi belia sebagai satu gerakan massa.
Evolusi belia ini sudah pastinya akan mengajak kita sama-sama memberi nafas baru kepada golongan belia agar golongan ini tidak menjadi golongan yang hanya ada pada nama sahaja.

Berasaskan kepada prinsip-prinsip rukun negara yang kita dukung bersama-sama sehingga ke hari ini, iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan, Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang dan Kesopanan serta Kesusilaan.

Hidupnya golongan belia sekarang adalah atas inisiatif serta bantuan dari kerajaan yang ada pada hari ini.

Melalui Evolusi golongan belia , sebagai pewaris dan penyambung kepimpinan Negara kita hendaklah memastikan supaya para belia akan terus berkhidmat dalam memajukan negara.

Perubahan yang lebih sistematik untuk membangunkan kualiti kepimpinan Belia, meningkatkan semangat jatidiri, Patriotik dan kesukarelaan perlu kita rancang dan laksanakan secara berterusan.
Dlm evolusi belia, kita bakal melahirkan

1. Pemimpin Berinovasi

2. Generasi Belia yang kreatif

3. Belia yg Perihatin iaitu semangat KESUKARELAWANAN di kalangan belia.

4. Pertubuhan-pertubuhan belia yang melahirkan program-program lebih Inklusif

5. Belia yang mempunyai jatidiri serta sifat-sifat mulia berasas Iman dan Amal serta Kenegaraan.

6. Belia yang merdeka sosioekonomi

Oleh itu marilah kita sama-sama jayakan hari belia negara ini dalam Himpunan Jutaan Belia 23-27 May dan perhimpunan NRC 4B : EVolusi 4B pd 9 Jun ini bersama YAB Perdana Menteri Malaysia.
Saya juga mengambil kesempatan ini untuk menasihati para-para belia serta diri saya juga, bahawasanya kita perlu mengekalkan keamanan di negara ini dengan tidak mengikuti perkara-perkara yang menyalahi serta melanggar undang-undang. Ingatlah negara ini akan kita warisi dari generasi yang ada kini dan akan kita warisi untuk generasi akan datang, Jika Tidak Kita, Siapa? Jika tidak Kini, Bila? Jika Tidak Disini, Dimana.

Akhir sekali sambutlah kata-kata keramat Gerakan Belia 4B Malaysia
BERGERAK..BERGERAK..BERGERAK!!!
Sekian, Wabillahitaufik walhidayah wassalamu'alaikum warahmatuulahi wabarakatuh.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment