Monday 31 December 2012

UCAPAN SEMPENA TAHUN BARU PRESIDEN GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA

Assalamu'alaikum, salam 1Belia dan salam 1Malaysia kepada seluruh warga belia khusunya ahli Gerakan Belia 4B Malaysia serta semua gabungan majlis Belia Malaysia.

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2013.

Seperti yang kita semua harapkan, ditahun tahun yang terdahulu kita mengharapkan agar ditahun 2013 ini, kita semua akan mencapai satu tahap dimana kita akan menjadi golongan yang terbaik serta bertanggungjawab.

Saya mewakili saf kepimpinan Gerakan Belia 4B Malaysia beserta ahli ahli Gerakan Belia 4B amat berharap agar kerajaan kita yang sedia ada ini kekal agar kesinambungan perancangan yang telah dijalankan oleh kerajaan dalam transformasi golongan belia dapat diteruskan.

Kita juga sebagai golongan muda dan akan menjadi pewaris kepada kepimpinan dimasa akan datang akan bersama sama dalam memacu perancangan kerajaan.

Sebagai golongan belia, kita semua harus ingat bahawa kita juga mempunyai tanggungjawab yang amat besar dalam mempelopori saf kepimpinan dimasa masa akan datang, oleh itu kita semua haruslah mempersiapkan diri bagi menjamin kesinambungan kerajaan sedia ada untuk terus memacu kepimpinan negara.

Akhir sekali saya mengambil kesempatan di waktu waktu terakhir sebelum menjelangnya tahun baru 2013 memanjatkan doa kepada Illahi supaya negara ini kekal aman dan damai dibawah kepimpinan YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Akhir sekali sambutlah seruan Gerakan Belia 4B Malaysia 'BERGERAK, BERGERAK, BERGERAK'
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday 30 December 2012

JAMUAN MAKAN MALAM GB4B KEDAH

Majlis makan malam yang dianjurkan oleh Gerakan Belia 4B Malaysia Negeri Kedah berjaya mengumpulkan keseluruhan pengerusi pengerusi kawasan GB4B negeri.

Dalam ucapan alu aluan Pengerusi 4B Kedah Saudara Mohd Khairul Azhar bin Abdullah, beliau meminta semua ahli belia 4b negeri yang rata rata adalah ahli UMNO mendokong penuh kepimpinan Barisan Nasional dan UMNO khususnya Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ucapan yang sama juga telah disampaikan oleh Pengerusi Majlis Belia Negeri Kedah Ku Iskandar Ku Saad, beliau juga telah menyatakan bahawa Majlis Belia Kedah tidak pernah meminta sebarang bantuan daripada kerajaan negeri Kedah.

Ini kerana menurut beliau, maruah belia dalam Majlis Belia Kedah tidak sesekali akan digadai dengan cara menerima bantuan atau meminta bantuan seolah olah membawa tempurung menagih simpati daripada kerajaan negeri.

Dalam ucapan Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia, beliau juga telah meminta agar semua ahli gerakan belia 4b negeri Kedah serta Majlis Belia negeri Kedah agar bekerjasama dalam memastikan bahawa Barisan Nasional dapat merampas kembali negeri Kedah demi menjaga ekonomi serta kebajikan belia dalam negeri Kedah.


Kesemua pengerusi pengerusi kawasan bergambar kenang kenangan bersama sama Presiden GB4B Malaysia dan Presiden Majlis Belia Kedah serta Pengerusi GB4B Negeri.

Gambar gambar kenangan ini boleh anda lihat didalam page facebook Gerakan Belia 4b Malaysia.

http://www.facebook.com/media/set/?set=a.400871853323550.92083.327885140622222&type=1

Thursday 27 December 2012

BANTUAN MANGSA BANJIR SKUAD PRIHATIN GB4B

Satu mesyuarat bilik gerakan banjir telah diadakan hari ini dan GB4B Malaysia telah menetapkan bahawa 3 buah negeri akan menghantar skuad 4B Prihatin dalam usaha membantu mangsa banjir yang terlibat di negeri negeri di pantai timur.

Antara negeri yang telah bersetuju untuk menghantar wakil skuad prihatin ialah negeri Perlis yang melibatkan seramai 40 orang sukarelawan, Selangor seramai 40 orang dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur seramai 80 orang.

Gerakan Belia 4B Malaysia juga telah membuka Bilik Gerakan 24 jam untuk menerima segala bantuan dari orang ramai, ahli korporat, badan bukan kerajaan dan sebagainya demi untuk membantu mangsa mangsa banjir tersebut.

Oleh itu juga, Gerakan Belia 4B memohon kepada semua untuk sama sama membantu meringankan beban mangsa banjir di kawasan kawasan yang terlibat.

Antara bantuan yang diperlukan ialah, Pakaian, peralatan sekolah, tuala, tuala wanita, lampin pakai buang dan ubat nyamuk.

Semua barangan tersebut boleh dihantar ke ibu pejabat sekretariat GB4B Malaysia atau berhubung terus dengan En. Sharul Kamal Mustafa di talian 03-22824649 (waktu pejabat) atau 0172499409 (lepas waktu pejabat)

Sebelum itu, EXCO 4B Malaysia yang juga merupakan Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri telah turun bagi membantu mangsa di Kuantan Pahang bersama sama dengan Gerakan Belia 4B Pahang serta beberapa badan bukan kerajaan dan pasukan keselamatan.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday 24 December 2012

SKUAD PRIHATIN BERSEDIA HADAPI BANJIR @NajibRazak @muaamarghadafi

Beberapa negeri diberitakan sedang dilanda banjir dan sudah ada mangsa yang dipindahkan di pusat pusat pemindahan sementara bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

Presiden Gerakan Belia 4B dalam laman twitternya sebentar tadi telah mengarahkan agar skuad prihatin GB4B supaya bersedia menghadapi segala kemungkinan termasuk memberikan bantuan kepada mangsa mangsa yang terlibat.

Sudah menjadi rutin bagi skuad prihatin akan menghulurkan bantuan segera kepada mangsa dan kawasan kawasan yang dilanda banjir atau bencana alam yang lain.

Diharap kepada semua ketua ketua skuad prihatin dapat memantau keperluan dikawasan kawasan yang dilanda bencana alam ini dan seterusnya melaporkan situasi semasa.

"BERGERAK"
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday 23 December 2012

GAMBAR GAMBAR LAWATAN KERJA PRESIDEN GB4B KE NEGERI TERENGGANU

Lawatan Kerja Presiden GB4B Malaysia ke Negeri Terengganu bermula pada 20 Disember hingga 21 Disember 2012 boleh dikatakan penuh dengan aktiviti dan program.

Untuk melihat gambar gambar sepanjang lawatan tersebut, anda boleh klik pada gambar dibawah.







Saturday 22 December 2012

MOHON BANTUAN UNTUK JALANI PEMBEDAHAN ADIK MEGAT MOHD ARIF ALAUDDIN BIN ASMAWI

Salam sejahtera, salam 1Belia dan salam 1Malaysia.

Seorang kanak kanak kini amat memerlukan bantuan bagi menjalankan pembedahan jantung di Institut Jantung Negara yang akan dilakukan pada 14 Januari 2012 nanti.

Kos pembedahan berjumlah sekitar RM 20'000.00 dan pihak IJN telah bersetuju untuk menanggung kos pembedahan sebanyak RM 16'000.00 dan keluarga kanak kanak malang ini masih memerlukan sebanyak RM 4'000.00 lagi.

Mohon kepada semua untuk memberikan bantuan ikhlas kepada keluarga kanak kanak ini bagi menjalankan pembedahan tersebut demi menyelamatkan nyawa beliau.

Bantuan boleh dimasukkan terus kepada akaun Public Bank 4-7800401-12 atas nama Raja Safaratul Hajar binti Raja Kamalul Hasni (Ibu).

Semoga segala bantuan dan sumbangan para dermawan sekalian akan mendapat rahmat dan diberikan keberkatan oleh Allah SWT.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday 20 December 2012

SESI PERJUMPAAN PRESIDEN BERSAMA EXCO GB4B TERENGGANU @NajibRazak @razaliibrahim

Presiden dalam ucapan dalam sesi perjumpaan khas mengucapkan terima kasih kerana bersama sama meluangkan masa untuk berjumpa dan berbincang secara keluarga.

Menurut beliau, sudah menjadi tradisi Gerakan Belia 4B akan berbincang dengan penuh rasa kekeluargaan dan santai.

Ghadafi juga menyatakan tujuan lawatan kerja ini adalah bertujuan untuk memberitahu dimana sebelum ini telah berjumpa dengan Perdana Menteri dan Gerakan Belia 4B telah menunjukkan status GB4B yang mana semuany kini adalah di pimpin oleh golongan muda.

Beliau juga memberitahu bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah meminta supaya GB4B memberikan bantuan untuk mengesan pengundi kali pertama.

Beliau juga memaklumkan bahawa GB4B akan menggunakan pendekatan bagi mengesan pengundi muda dan kali pertama melalui ahli serta saudara mara ahli GB4B di peringkat cawangan.

Dalam taklimat semasa perjumpaan, Presiden memberitahu kepada semua bahawa kita memerlukan laporan yang solid atau tepat bagi memastikan laporan tersebut boleh membantu kerajaan.

Beliau juga memberitahu bahawa setiap laporan mestilah dihantar ke GB4B Kebangsaan bagi melancarkan proses tugasan yang telah diberikan kepada GB4B Kebangsaan.

Dalam agenda lain pula, Presiden memberitahu bahawa Gerak Remaja GB4B menyarankan setiap peringkat cawangan serta kawasan dilantik dan pastikan ianya bergerak demi memastikan akan ada pelapis dimasa hadapan.

Beliau memaklumkan bahawa Pengerusi Gerak Remaja sudah boleh dilantik dan beliau mengingatkan bahawa jawatan tersebut bukanlah dipilih tetapi ianya adalah lantikan Pengerusi Negeri, Kawasan atau Ketua Cawangan.

Beliau akhirnya membuka kepada semua untuk menyatakan pandangan atau sebagainya bagi dibincangkan.

Dimulakan dengan kawasan Dunguntelah membentang tentang pembubaran sementara cawangan cawangan 4B dan meminta supaya perkara ini diperhalusi supaya dapat diselesaikan dengan baik.

Kawasan Marang pula meminta supaya setiap borang 9 cawangan atau kawasan dihantar terus kepada ROY bagi mengelakkan perkara seperti yang dikatakan oleh Dungun.

Kawasan Kuala Nerus pula menyambung sedikit tentang masalah borang 9 dan meminta supaya seorang sekretariat wilayah timur dilantik bagi memudahkan urusan pengurusan.

Besut pula ingin membentangkan tentang peruntukan yang disalurkan kepada GB4B kawasan yang tidak mencukupi. Peruntukan yang di salurkan oleh MBD juga tidak mencukupi. Besut juga mengatakan bahawa kesamarataan dalam pemberian peruntukan perlu diperhalusi kerana GB4B mempunyai cawangan sedangkan Pengakap dan beberapa gabungan lain tidak mempunyai cawangan dan mendapat peruntukan yang sama banyak.

Kuala Terengganu pula mencadangkan supaya bilik Gerakan GB4B dibuka bagi membantu golongan belia untuk mengundi pada pilihanraya.

Dalam jawapan balas Presiden pula, borang 9 dan pendaftaran untuk GB4B diserahkan kepada SUA untuk diambil tindakan.

Berkenaan dengan sekretariat wilayah timur pula, Presiden berkata bahawa perkara ini akan dibawa kepada mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi untuk diperhalusi.

Berhubung dengan peruntukan pula, semua pihak perlu bekerjasama untuk membangkitkan perkara ini kepada pihak MBM untuk diperhalusi.

Tentang bilik gerakan pilihanraya pula, Gerakan Belia 4B Malaysia meminta supaya kawasan parlimen pilihan menghantar laporan pengundi kali pertama bagi mendapatkan bantuan bilik gerakan. Presiden juga memberikan makluman bahawa kerajaan negeri juga ada memberikan bantuan bagi membuka bilik gerakan bagi menggerakkan jentera pilihanraya.

Sesi taklimat tentang borang 9 oleh Setiausaha Agung pula mengatakan bahawa ada kakitangan di Ibu pejabat sekretariat yang tidak bertanggungjawab dan tindakan terhadap mereka telah diambil.

Beliau juga telah memaklumkan bahawa ROY telah menghantar surat atau notis kepada kawasan kawasan dan cawangan cawangan yang gagal menghantar borang 9 ke ROY atau Ibu Pejabat dan tindakan akan diambil oleh ROY dengan cara membubarkan cawangan atau kawasan yang gagal berbuat demikian.

Dalam ucapan akhir, Timbalan Pengerusi Negeri mengucapkan terima kasih kepada rombongan Presiden yang sudi hadir ke negeri Terengganu.

Presiden juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua AJK 4B negeri yang sudi menerima rombongan beliau ke Negeri Terengganu dan beliau meminta supaya perbincangan ini tidak ditamatkan disini kerana ianya akan memberikan penambahbaikan kepada GB4B.

Akhir sekali pemberian cenderehati oleh GB4B Negeri kepada Presiden serta rombongan dan seterusnya jemputan ke jamuan makan tengah hari.

'BERGERAK'

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

PRESIDEN MERASMIKAN MESYUARAT AGUNG CAWANGAN TAMAN GONG BADAK 4 KUALA TERENGGANU

Dalam sessi lawatan kerja Presiden GB4B Malaysia Saudara Mua'amar Ghadafi ke negeri Terengganu, beliau sempat meluangkan masa untuk merasmikan Mesyuarat Agung Cawangan Taman Gong Badak 4 Kuala Terengganu.

Mesyuarat juga dihadiri oleh Yb Haji Ramli bin Nuh yang merupakan ADUN Tepoh yang juga merupakan pengerusi alumni GB4B kawasan Kuala Nerus, Syed Hafizuddin bin Syed Omar (Pengerusi Majlis Belia Daerah Kuala Terengganu), Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Nerus yang juga merupakan Bendahari Kehormat GB4B Negeri Terengganu, Timbalan Pengerusi GB4B Negeri Terengganu Saudara Iskandar.

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu kebangsaan dan lagu Gerakan Belia 4B dan seterusnya ucapan dari Timbalan Pengerusi GB4B Negeri Terengganu Saudara Iskandar mengucapkan jutaan terima kasih kepada Presiden kerana sudi hadir untuk merasmikan mesyuarat agung ini.

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada cawangan ini kerana ini adalah satu satunya mesyuarat agung cawangan yang dirasmikan oleh Presiden.

Kemudian diikuti pula dengan ucapan Pengerusi GB4B Kawasan Kuala Nerus saudara Mohd Rosdi bin Mohd Zin. Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir pada malam ini.

Beliau juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada presiden yang sanggup bersama sama dalam merasmikan mesyuarat ini.

Beliau juga berjanji akan memastikan GB4B kawasan akan bekerja keras dimasa masa akan datang.

Ucapan diteruskan dengan ucapan Yb Haji Ramli bin Nuh yang juga merupakan penasihat GB4B kawasan Kuala Nerus.

Beliau menceritakan bahawa belia pada hari ini tidak sama dengan belia dizaman beliau dulu. Menurut beliau GB4B terus bergerak dalam memacu golongan belia kearah kebaikan.

Menyentuh kepada pendaftaran belia yang didaftarkan dibawah ROY, beliau merasakan ini adalah perkara yang baik memandangkan golongan muda diberi peluang untuk menerajui pucuk pimpinan pertubuhan.

Menurut beliau lagi, perjuangan GB4B sebenarnya adalah untuk membantu kerajaan dalam menempuhi pilihanraya yang akan diadakan tidak berapa lama lagi, beliau meminta supaya semua ahli GB4B cawangan dan kawasan berkerjasama dalam menempuh pilihanraya yang akan datang.

Beliau juga telah memberitahu bahawa satu padang bola sepak rumput tiruan sedang dibina di kawasan Kuala Nerus yang mana ianya mendapat pengiktirafan daripada FIFA.

Seterusnya pengerusi majlis telah menjemput Presiden untuk memberikan kata kata ucapan seterusnya merasmikan mesyuarat agung ini.

Presiden GB4B Malaysia saudara Mua'amar Ghadafi Jamal memanjatkan rasa syukur kehadrat Illahi kerana dapat bersama sama dalam mesyuarat agung cawangan kali ini.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada jawatan kuasa GB4B negeri kawasan dan cawangan yang sudi menerima lawatan kerja beliau bersama rombongan.

Dalam ucapan beliau, saudara Presiden mengatakan bahawa untuk menubuhkan cawangan adalah amat mudah, namun untuk mengekalkan cawangan itu adalah amat sukar.

Beliau juga menekankan bahawa segala apa yang kita lakukan semuanya bermula dengan niat, segala apa juga yang kita lakukan adalah bermula dengan niat.

Presiden juga mengingatkan serta meminta kepada semua yang hadir agar yakin dan percaya bahawa perjuangan GB4B adalah benar dan mengikut landasan yang betul.

Presiden meminta supaya perjuangan ini diteruskan dan segala permasalahan dapat diselesaikan dengan cara muzakarah bersama sama pemimpin setempat.

Dalam kempen mengesan pengundi pertama kali, beliau meminta supaya setiausaha negeri memberikan taklimat kepada semua ketua ketua cawangan agar proses mengesan pengundi ini berjalan lancar.

Dengan lafaz Bismillahirahmanirahim, beliau merasmikan mesyuarat agung cawangan taman perumahan gong badak 4.

BERGERAK
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone