Thursday 20 December 2012

SESI PERJUMPAAN PRESIDEN BERSAMA EXCO GB4B TERENGGANU @NajibRazak @razaliibrahim

Presiden dalam ucapan dalam sesi perjumpaan khas mengucapkan terima kasih kerana bersama sama meluangkan masa untuk berjumpa dan berbincang secara keluarga.

Menurut beliau, sudah menjadi tradisi Gerakan Belia 4B akan berbincang dengan penuh rasa kekeluargaan dan santai.

Ghadafi juga menyatakan tujuan lawatan kerja ini adalah bertujuan untuk memberitahu dimana sebelum ini telah berjumpa dengan Perdana Menteri dan Gerakan Belia 4B telah menunjukkan status GB4B yang mana semuany kini adalah di pimpin oleh golongan muda.

Beliau juga memberitahu bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah meminta supaya GB4B memberikan bantuan untuk mengesan pengundi kali pertama.

Beliau juga memaklumkan bahawa GB4B akan menggunakan pendekatan bagi mengesan pengundi muda dan kali pertama melalui ahli serta saudara mara ahli GB4B di peringkat cawangan.

Dalam taklimat semasa perjumpaan, Presiden memberitahu kepada semua bahawa kita memerlukan laporan yang solid atau tepat bagi memastikan laporan tersebut boleh membantu kerajaan.

Beliau juga memberitahu bahawa setiap laporan mestilah dihantar ke GB4B Kebangsaan bagi melancarkan proses tugasan yang telah diberikan kepada GB4B Kebangsaan.

Dalam agenda lain pula, Presiden memberitahu bahawa Gerak Remaja GB4B menyarankan setiap peringkat cawangan serta kawasan dilantik dan pastikan ianya bergerak demi memastikan akan ada pelapis dimasa hadapan.

Beliau memaklumkan bahawa Pengerusi Gerak Remaja sudah boleh dilantik dan beliau mengingatkan bahawa jawatan tersebut bukanlah dipilih tetapi ianya adalah lantikan Pengerusi Negeri, Kawasan atau Ketua Cawangan.

Beliau akhirnya membuka kepada semua untuk menyatakan pandangan atau sebagainya bagi dibincangkan.

Dimulakan dengan kawasan Dunguntelah membentang tentang pembubaran sementara cawangan cawangan 4B dan meminta supaya perkara ini diperhalusi supaya dapat diselesaikan dengan baik.

Kawasan Marang pula meminta supaya setiap borang 9 cawangan atau kawasan dihantar terus kepada ROY bagi mengelakkan perkara seperti yang dikatakan oleh Dungun.

Kawasan Kuala Nerus pula menyambung sedikit tentang masalah borang 9 dan meminta supaya seorang sekretariat wilayah timur dilantik bagi memudahkan urusan pengurusan.

Besut pula ingin membentangkan tentang peruntukan yang disalurkan kepada GB4B kawasan yang tidak mencukupi. Peruntukan yang di salurkan oleh MBD juga tidak mencukupi. Besut juga mengatakan bahawa kesamarataan dalam pemberian peruntukan perlu diperhalusi kerana GB4B mempunyai cawangan sedangkan Pengakap dan beberapa gabungan lain tidak mempunyai cawangan dan mendapat peruntukan yang sama banyak.

Kuala Terengganu pula mencadangkan supaya bilik Gerakan GB4B dibuka bagi membantu golongan belia untuk mengundi pada pilihanraya.

Dalam jawapan balas Presiden pula, borang 9 dan pendaftaran untuk GB4B diserahkan kepada SUA untuk diambil tindakan.

Berkenaan dengan sekretariat wilayah timur pula, Presiden berkata bahawa perkara ini akan dibawa kepada mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi untuk diperhalusi.

Berhubung dengan peruntukan pula, semua pihak perlu bekerjasama untuk membangkitkan perkara ini kepada pihak MBM untuk diperhalusi.

Tentang bilik gerakan pilihanraya pula, Gerakan Belia 4B Malaysia meminta supaya kawasan parlimen pilihan menghantar laporan pengundi kali pertama bagi mendapatkan bantuan bilik gerakan. Presiden juga memberikan makluman bahawa kerajaan negeri juga ada memberikan bantuan bagi membuka bilik gerakan bagi menggerakkan jentera pilihanraya.

Sesi taklimat tentang borang 9 oleh Setiausaha Agung pula mengatakan bahawa ada kakitangan di Ibu pejabat sekretariat yang tidak bertanggungjawab dan tindakan terhadap mereka telah diambil.

Beliau juga telah memaklumkan bahawa ROY telah menghantar surat atau notis kepada kawasan kawasan dan cawangan cawangan yang gagal menghantar borang 9 ke ROY atau Ibu Pejabat dan tindakan akan diambil oleh ROY dengan cara membubarkan cawangan atau kawasan yang gagal berbuat demikian.

Dalam ucapan akhir, Timbalan Pengerusi Negeri mengucapkan terima kasih kepada rombongan Presiden yang sudi hadir ke negeri Terengganu.

Presiden juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua AJK 4B negeri yang sudi menerima rombongan beliau ke Negeri Terengganu dan beliau meminta supaya perbincangan ini tidak ditamatkan disini kerana ianya akan memberikan penambahbaikan kepada GB4B.

Akhir sekali pemberian cenderehati oleh GB4B Negeri kepada Presiden serta rombongan dan seterusnya jemputan ke jamuan makan tengah hari.

'BERGERAK'

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment