Thursday 20 December 2012

PRESIDEN MERASMIKAN MESYUARAT AGUNG CAWANGAN TAMAN GONG BADAK 4 KUALA TERENGGANU

Dalam sessi lawatan kerja Presiden GB4B Malaysia Saudara Mua'amar Ghadafi ke negeri Terengganu, beliau sempat meluangkan masa untuk merasmikan Mesyuarat Agung Cawangan Taman Gong Badak 4 Kuala Terengganu.

Mesyuarat juga dihadiri oleh Yb Haji Ramli bin Nuh yang merupakan ADUN Tepoh yang juga merupakan pengerusi alumni GB4B kawasan Kuala Nerus, Syed Hafizuddin bin Syed Omar (Pengerusi Majlis Belia Daerah Kuala Terengganu), Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Nerus yang juga merupakan Bendahari Kehormat GB4B Negeri Terengganu, Timbalan Pengerusi GB4B Negeri Terengganu Saudara Iskandar.

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu kebangsaan dan lagu Gerakan Belia 4B dan seterusnya ucapan dari Timbalan Pengerusi GB4B Negeri Terengganu Saudara Iskandar mengucapkan jutaan terima kasih kepada Presiden kerana sudi hadir untuk merasmikan mesyuarat agung ini.

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada cawangan ini kerana ini adalah satu satunya mesyuarat agung cawangan yang dirasmikan oleh Presiden.

Kemudian diikuti pula dengan ucapan Pengerusi GB4B Kawasan Kuala Nerus saudara Mohd Rosdi bin Mohd Zin. Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir pada malam ini.

Beliau juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada presiden yang sanggup bersama sama dalam merasmikan mesyuarat ini.

Beliau juga berjanji akan memastikan GB4B kawasan akan bekerja keras dimasa masa akan datang.

Ucapan diteruskan dengan ucapan Yb Haji Ramli bin Nuh yang juga merupakan penasihat GB4B kawasan Kuala Nerus.

Beliau menceritakan bahawa belia pada hari ini tidak sama dengan belia dizaman beliau dulu. Menurut beliau GB4B terus bergerak dalam memacu golongan belia kearah kebaikan.

Menyentuh kepada pendaftaran belia yang didaftarkan dibawah ROY, beliau merasakan ini adalah perkara yang baik memandangkan golongan muda diberi peluang untuk menerajui pucuk pimpinan pertubuhan.

Menurut beliau lagi, perjuangan GB4B sebenarnya adalah untuk membantu kerajaan dalam menempuhi pilihanraya yang akan diadakan tidak berapa lama lagi, beliau meminta supaya semua ahli GB4B cawangan dan kawasan berkerjasama dalam menempuh pilihanraya yang akan datang.

Beliau juga telah memberitahu bahawa satu padang bola sepak rumput tiruan sedang dibina di kawasan Kuala Nerus yang mana ianya mendapat pengiktirafan daripada FIFA.

Seterusnya pengerusi majlis telah menjemput Presiden untuk memberikan kata kata ucapan seterusnya merasmikan mesyuarat agung ini.

Presiden GB4B Malaysia saudara Mua'amar Ghadafi Jamal memanjatkan rasa syukur kehadrat Illahi kerana dapat bersama sama dalam mesyuarat agung cawangan kali ini.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada jawatan kuasa GB4B negeri kawasan dan cawangan yang sudi menerima lawatan kerja beliau bersama rombongan.

Dalam ucapan beliau, saudara Presiden mengatakan bahawa untuk menubuhkan cawangan adalah amat mudah, namun untuk mengekalkan cawangan itu adalah amat sukar.

Beliau juga menekankan bahawa segala apa yang kita lakukan semuanya bermula dengan niat, segala apa juga yang kita lakukan adalah bermula dengan niat.

Presiden juga mengingatkan serta meminta kepada semua yang hadir agar yakin dan percaya bahawa perjuangan GB4B adalah benar dan mengikut landasan yang betul.

Presiden meminta supaya perjuangan ini diteruskan dan segala permasalahan dapat diselesaikan dengan cara muzakarah bersama sama pemimpin setempat.

Dalam kempen mengesan pengundi pertama kali, beliau meminta supaya setiausaha negeri memberikan taklimat kepada semua ketua ketua cawangan agar proses mengesan pengundi ini berjalan lancar.

Dengan lafaz Bismillahirahmanirahim, beliau merasmikan mesyuarat agung cawangan taman perumahan gong badak 4.

BERGERAK
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment