Friday 1 March 2013

UCAPAN TAKZIAH DARI GB4B KEPADA ANGGOTA KESELAMATAN YANG TERKORBAN

Gerakan Belia 4B Malaysia mengucapkan takziah kepada ahli keluarga anggota keselamatan yang terkorban di Lahad Datu Sabah.

Bukan sahaja kepada ahli keluarga tetapi juga ucapan takziah kepada semua anggota keselamatan yang kehilangan rakan seperjuangan.

GB4B Malaysia melahirkan rasa sedih diatas kematian anggota anggota terbabit dan ianya telah disampaikan oleh Presiden GB4B Malaysia sendiri melalui laman twitternya.

Dalam utusan yang disampaikan kepada admin malam tadi, Presiden GB4B, saudara Mua'amar Ghadafi Jamal berkata bahawa seluruh Ahli Majlis Tertinggi berserta ahli di seluruh negara berasa sedih dan kehilangan anggota keselamatan yang cukup gagah berani dalam mempertahankan kedaulatan tanah air.

"Kita berasa amat sedih hari ini kerana kehilangan mereka" ujar beliau melalui sistem pesanan ringkas kepada admin.

"Walau berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul dan kita harap agar keluarga anggota yang terkorban redha dengan ketentuan allah SWT dan kematian mereka bagi saya adalah syahid kerana mereka ini berjuang untuk mempertahankan negara".

Dalam pada itu, beliau juga membidas tindakan pemimpin pakatan pembangkang yang mempolitikkan kematian anggota keselamatan ini dengan mengatakan bahawa ini adalah salah kerajaan Barisan Nasional.

"Kita (GB4B) berkecuali dalam hal hal politik, tapi apa yang dikatakan oleh pihak pembangkang pada saya adalah amat tidak wajar kerana ini melibatkan kematian dan jika semua perkara hendak dipolitikkan maka ianya adalah sesuatu yang amat mengecewakan". Kata beliau.

"Kita sepatutnya sama sama berdoa untuk keselamatan anggota keselamatan kita di Lahad Datu dan bukannya memperlekeh salah dan silap siapa, bagi saya ini adalah politik yang tidak matang dan saya berani mengatakan bahawa seluruh ahli GB4B Malaysia tidak berminat dengan pemimpin politik yang sebegini untuk dijadikan sebagai pemimpin dalam kerajaan kerana sikap mereka yang tidak peka dengan keadaan".



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment