Tuesday 12 March 2013

BANTUAN MBM SAMPAI KE LAHAD DATU

Seramai 6 orang pegawai dan ahli jawatankuasa serta sekretariat Majlis Belia Malaysia yang membawa Misi Bantuan dan Kempen Perpaduan selamat sampai ke Lahad Datu semalam dalam misi yang dinamakan DAULAT NEGARA BELIA MALAYSIA

Rombongan pasukan ini telah di ketuai oleh Timbalan Presiden MBM, saudara Mua'amar Ghadafi Jamal, diikuti dengan Naib presiden, saudara Manndzri Nasib, Setiausaha Agung Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM), saudara Fadzli, Penolong Setiausaha Majlis Belia Malaysia, saudara Ahmad Saparuddin, exco MBM saudara Rizan Hasan dan sekretariat MBM, saudara Wan.

Dalam misi kali ini, Majlis Belia Malaysia betindak menghantar pasukan seramai 5 orang ini untuk menyampaikan bantuan daripada MBM yang perihatin dengan permasalahan yang melanda kawasan Lahad Datu yang diserang oleh penceroboh dari pengikut kesultanan sulu.

Menurut kata Timbalan Presiden MBM, saudara Mua'mar Ghadafi, misi ini juga sebenarnya adalah untuk menzahirkan sokongan rakyat Malaysia terhadap pasukan keselamatan yang telah menerima pelbagai tohmahan dari pihak tidak bertanggungjawab dan mereka (MBM) juga menyampaikan reben biru sebagai lambang perpaduan serta keamanan kepada pasukan keselamatan serta orang ramai.

Ini juga adalah salah satu cara untuk menjalinkan hubungan rapat diantara Majlis Belia Malaysia dengan pasukan keselamatan, NGO-NGO serta belia belia yang terdapat disini, ujar beliau lagi.

Dalam misi ini Majlis Belia Malaysia telah membawa bantuan dalam bentuk
Air minuman - 13000 botol
Mknan Kering - 10000 pek
Dan mereka mengedarkan sebanyak
5000 riben biru bagi menyatakan sokongan para belia Malaysia kepada pasukan keselamatan yg bertugas di Lahad Datu, Sabah.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment