Saturday 19 January 2013

TAHNIAH DAN SYUKUR ALHAMDULILLAH

'BERGERAK..BERGERAK..BERGERAK'

Gerakan Belia 4B Malaysia mengucapkan tahniah kepada Presiden GB4B Malaysia dan bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana limpah kurnia serta hidayahnya telah membuka ruang dan peluang kepada Gerakan Belia 4B Malaysia untuk memenangi kerusi Timbalan Presiden Majlis Belia Malaysia dalam mesyuarat perwakilan MBM bermula pada 10 hingga 20 haribulan Januari.

Gerakan Belia 4B yang di wakili oleh Presiden GB4B Malaysia iaitu saudara Mua'amar Ghadafi Jamal Datuk Wira Jamaludin telah memenangi kerusi tersebut tanpa bertanding.

Walau bagai mana pun, GB4B Malaysia mengucapkan terima kasih kepada seluruh para perwakilan yang telah memberi sokongan dan dokongan kepada wakil GB4B untuk berkhidmat didalam Majlis Belia Malaysia.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment