Sunday 27 May 2012

Fw: UCAPAN TAHNIAH DAN TERIMA KASIH DARI PRESIDEN GB4B

UCAPAN TAHNIAH DAN TERIMA KASIH DARI PRESIDEN GB4B

Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh dan salam 1 belia 1 Malaysia.

Alhamdulillah, syukur kita kehadrat Allah Subhanahuata'ala dengan limpah kurnianya maka kita semua telah berjaya menjayakan Himpunan Jutaan Belia pada tahun ini.

Saya selaku presiden GB4B Malaysia mewakili seluruh ahli-ahli GB4B Malaysia ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada Kementerian Belia dan Sukan, Menteri serta Timbalan Menteri Belia, barisan kepimpinan Kementerian Belia dan Sukan, Majlis Belia Malaysia, sukarelawan, khasnya JawatanKuasa HBN GB4B, Rakan 4Biz, Team filem Man Sewel Datang KL serta sukarelawan 4B yg menjayakan 4B Island dan Himpunan Jutaan Belia Amnya.

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk menjemput semua pembaca untuk sama-sama menonton filem Man Sewel datang KL yang akan berada di pawagam pada 31 Mei ini nanti, saya juga ingin menjemput kapada semua untuk sama-sama menghadirkan diri dalam pelancaran NRC4B pada 9 Jun nanti di ICT Shah Alam. Banyak acara menarik menanti semua yang hadir di pelancaran tersebut.

Kita semua telah berjaya dalam menjayakan himpunan ini kerana penyatuan diantara kita semua ditambah pula dengan bantuan dari pihak kerajaan di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita yang amat kita kasihi.

Saya amat tertarik dengan slogan Himpunan pada kali ini iaitu "Esok lebih Baik dari Hari ini", saya amat berharap agar kita semua menjadikan ia satu kenyataan dan bukan sekadar slogan.

Slogan ini sebenarnya adalah cabaran yang perlu disahut oleh golongan belia yang akan menjadi pemimpin dimasa-masa akan datang.

Demi untuk merealisasikan slogan tersebut, saya berharap agar seluruh belia tanahair dapat bersatu dalam semua perkara, tidak mengira apa juga bangsa mahupun keturunan.

Akhir kata, saya sekali lagi mengucapkan tahniah serta terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program Himpunan Jutaan Belia 2012. Sambutlah kata-kata keramat Gerakan Belia 4B Malaysia "BERGERAK, BERGERAK, BERGERAK".

IKUTI LAPORAN KESELURUHAN HIMPUNAN JUTAAN BELIA DI PUTRAJAYA

Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya yang berakhir pada malam tadi melihatkan limpahan belia berkunjung ke Himpunan tersebut sepanjang tempoh lima hari program berlangsung.

Himpunan yang mempunyi lebih dari 500 program itu dikatakan adalah program terbesar di asia dan ianya adalah diantara 10 program terbesar didunia.

Dalam memetik kata-kata Perdana Menteri semasa ucapan perasmian penutup Himpunan tersebut, Perdana Menteri mengatakan bahawa Putrajaya adalah milik para belia dan ianya akan diwarisi kepada generasi itu di masa akan datang.

Beliau juga berkata bahawa para belia ini adalah para belia yang akan mencorak masa depan negara di masa hadapan, para belia yang berkumpul di putrajaya adalah mereka yang memberi semangat kepada kerajaan dalam terus memperjuangkan hak belia serta keharmonian negara.

Untuk mengikuti laporan keseluruhan program tersebut pembaca boleh klik <disini>

Friday 25 May 2012

PANTERDESIGN KINI BERADA DI BOOTH NO 5 GB4B MALAYSIA

Kepada beliawanis yang berminat dengan aksesori untuk wanita, anda boleh berkunjung ke booth No5 GB4B Malaysia.

Dan apa yang menarik disini ialah, anda akan menerima hadiah-hadiah menarik seperti solekan muka, fotoshoot dan banyak lagi barangan-barangan istimewa dengan hanya membeli satu barang, jadi jangan lepaskan peluang ini.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday 15 May 2012

SELAMAT MENYAMBUT HARI BELIA

Salam 1Belia 1Malaysia, Saya serta barisan Jawatankuasa Khidmat Masyarakat & Rakan Muda Majlis Belia Malaysia bersama Jawantankuasa Gerak Korporat Gerakan Belia 4B Malaysia dengan ikhlasnya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Belia Negara 2012 kepada seluruh rakan-rakan belia.

Kita semua perlu bersyukur dengan suasana serta kesejahteraan yang sedang kita kecapi di Negara ini.

Ini semua adalah hasil kesungguhan semua rakyat Malaysia khususnya golongan belia yang telah mencurahkan segala bakti demi kesejahteraan dan pembangunan yang berterusan.

Kesungguhan ini dapat dilihat melalui peningkatan terhadap aktiviti kesukarelaan, keusahawanan serta kesukanan. Dunia telah mengiktiraf Belia Malaysia sebagai Belia yang berkualiti melalui kepimpinan serta Program Transformasi sedia ada.

Penubuhan YCare Majlis Belia Malaysia www.ycare.my dan Rakan4biz Gerak Korporat www.rakan4biz.my merupakan bukti kukuh komitmen berterusan 4B dan MBM terhadap pembangunan belia di Negara ini. Pelbagai inisiatif telah dan sedang diambil bagi meningkatkan lagi mutu perkhidmatan agar dapat mencapai objektif serta menjadi platform untuk rujukan bagi belia masa kini.

Marilah bersama-sama memeriahkan lagi Himpunan Jutaan Belia 23hb-27hb Mei 2012 di PutraJaya bersama YAB Perdana Menteri Malaysia.

YCare Pemangkin Pembangunan Negara!!!

Ikhlas daripada Bro @R. Abdul Rizam Mohd Akhir. Exco Majlis Belia Malaysia. MKT 4B Malaysia

Monday 14 May 2012

UCAPAN PRESIDEN GERAKAN BELIA SEMPENA HARI BELIA NEGARA 2012



Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum warah matullahiwabarakatuh.

Salam sejahtera, Salam 1Belia 1Malaysia.

Saya Mua'amar Ghadafi Jamal bin Datuk Wira Haji Jamaluddin selaku Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut hari belia negara kepada seluruh warga-warga belia yang berada didalam dan diluar negara.

Syukur kita ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya maka kita dapat menyambut sambutan hari belia ini di negara kita dalam keadaan penuh aman damai serta harmoni.

Kita semua perlu sedia maklum bahawa tidak semua belia didalam dunia ini beruntung seperti kita di Malaysia yang dapat menyambut hari belia dalam keadaan harmoni walaupun kita mempunyai berbilang kaum, agama dan adat.

Ditambah pula kini kita semua diterajui oleh sebuah kerajaan yang sentiasa mengambil berat tentang kebajikan golongan belia seperti kita.

Hari ini kita (belia) telah diberikan tanggungjawab sebagai seorang yang benar-benar belia untuk menerajui dan meneruskan perjuangan demi kemajuan golongan belia di negara Malaysia yang tercinta ini.

Kita sebagai belia pada masa kini seharusnya menegakkan kedaulatan undang-undang dengan berpegang kepada prinsip kemasyarakatan secara majmuk, kita juga tidak perlu bermusuh-musuhan diantara satu sama lain hanya disebabkan oleh segelintir manusia atau sesetengah pihak yang tidak begitu menyenangi perpaduan serta permuafakatan sesama kita.

Kita seharusnya sama-sama melahirkan evolusi belia sebagai satu gerakan massa.
Evolusi belia ini sudah pastinya akan mengajak kita sama-sama memberi nafas baru kepada golongan belia agar golongan ini tidak menjadi golongan yang hanya ada pada nama sahaja.

Berasaskan kepada prinsip-prinsip rukun negara yang kita dukung bersama-sama sehingga ke hari ini, iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan, Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang dan Kesopanan serta Kesusilaan.

Hidupnya golongan belia sekarang adalah atas inisiatif serta bantuan dari kerajaan yang ada pada hari ini.

Melalui Evolusi golongan belia , sebagai pewaris dan penyambung kepimpinan Negara kita hendaklah memastikan supaya para belia akan terus berkhidmat dalam memajukan negara.

Perubahan yang lebih sistematik untuk membangunkan kualiti kepimpinan Belia, meningkatkan semangat jatidiri, Patriotik dan kesukarelaan perlu kita rancang dan laksanakan secara berterusan.
Dlm evolusi belia, kita bakal melahirkan

1. Pemimpin Berinovasi

2. Generasi Belia yang kreatif

3. Belia yg Perihatin iaitu semangat KESUKARELAWANAN di kalangan belia.

4. Pertubuhan-pertubuhan belia yang melahirkan program-program lebih Inklusif

5. Belia yang mempunyai jatidiri serta sifat-sifat mulia berasas Iman dan Amal serta Kenegaraan.

6. Belia yang merdeka sosioekonomi

Oleh itu marilah kita sama-sama jayakan hari belia negara ini dalam Himpunan Jutaan Belia 23-27 May dan perhimpunan NRC 4B : EVolusi 4B pd 9 Jun ini bersama YAB Perdana Menteri Malaysia.
Saya juga mengambil kesempatan ini untuk menasihati para-para belia serta diri saya juga, bahawasanya kita perlu mengekalkan keamanan di negara ini dengan tidak mengikuti perkara-perkara yang menyalahi serta melanggar undang-undang. Ingatlah negara ini akan kita warisi dari generasi yang ada kini dan akan kita warisi untuk generasi akan datang, Jika Tidak Kita, Siapa? Jika tidak Kini, Bila? Jika Tidak Disini, Dimana.

Akhir sekali sambutlah kata-kata keramat Gerakan Belia 4B Malaysia
BERGERAK..BERGERAK..BERGERAK!!!
Sekian, Wabillahitaufik walhidayah wassalamu'alaikum warahmatuulahi wabarakatuh.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday 13 May 2012

MANTAN PRESIDEN 4B MALAYSIA GEMBIRA DENGAN KEHADIRAN BLOGGER

Semalam Melaka telah menjadi perkampungan para-para blogger dari seluruh negara untuk berseminar.

Ketua Menteri Melaka yang juga merupakan Presiden Alumni Belia 4B Malaysia nampaknya begitu teruja dengan kehadiran para-para blogger ini dan mengucapkan jutaan terima kasih kerana mereka sudi menjadikan Melaka sebagai tempat untuk berseminar.

Dalam jamuan makan malam anjuran Pejabat Ketua Menteri malam tadi, beliau juga mengharapkan agar para-para blogger ini dapat membantu kerajaan dalam menangkis segala tohmahan yang dilemparkan oleh pihak pembangkang.

Turut hadir dalam majlis tersebut, Pengarah Jabatan Sahabat Belia yang juga merupakan pengerusi Belia 4B Negeri Melaka dan jua merupakan Timbalan Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia saudara Nizam Omar.

Dalam program seminar pada kali ini, seramai hampir 100 orang yang merupakan belia-belia negeri Melaka telah berkongsi pengalaman bersama-sama blogger-blogger yang aktif di dalam media sosial.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone