Friday 30 March 2012

PERTANDINGAN REWANG RAKYAT GB4B TITIWANGSA

Gerakan Belia 4B Titiwangsa pagi ini mengadakan pertandingan rewang rakyat. Pertandingan yang melibatkan 5 pasukan dari sekitar kawasan Titiwangsa.

Turut terlibat bagi menjayakan pertandingan ini ialah Majlis Belia Malaysia, Pergerakan Pemuda UMNO Titiwangsa, Pergerakan Puteri UMNO Titiwangsa, Pusat Khidmat Masyarakat BN Titiwangsa, Pejabat Belia dan Sukan Titiwangsa dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Menurut Pengerusi GB4B Titiwangsa, saudara Hamizi bin Mat Juah, setiap peserta perlu menyediakan makanan yang di masak untuk 300 orang tetamu. Ini bermakna 5 pasukan perlu memasak makanan untuk 1500 orang yang dijangka akan hadir pada jam 1 tengah hari nanti.

Pertandingan ini akan di rasmikan oleh Ybhg. Datuk Johari bin Abdul Ghani yang merupakan penaung kepada GB4B Titiwangsa.

Thursday 29 March 2012

PRESIDEN GB4B KESAL DENGAN TINDAKAN KERAJAAN SELANGOR

Tindakan menaikkan sewa keatas pejabat Majlis Belia Selangor amat mengecewakan para belia negeri khususnya Belia 4B Selangor yang juga bernaung di bawah MBS.

Saya selaku Presiden GB4B Malaysia merasakan bahawa tindakan ini amat tidak wajar dilakukan oleh kerajaan negeri, ini kerana Majlis Belia bukanlah sebuah badan yang mempunyai keuntungan seperti sebuah syarikat perniagaan.

Majlis Belia juga menjadi tempat bernaung kepada persatuan-persatuan belia yang mana ianya secara tidak langsung membabitkan kebajikan belia di semua peringkat.

Saya mewakili seluruh ahli-ahli belia khas nya 4B melahirkan rasa kekecewaan dalam hal sebegini,
Saya juga berpendapat bahawa, sebagai sebuah kerajaan yang mentadbir sebuah negeri yang paling kaya didalam negara ini, adalah mustahil untuk kerajaan mengalami kerugian jika tidak menaikkan sewa bangunan tersebut.

Akhir kata dari saya, saya menyeru semua belia2 di Selangor membuka mata dan melihat apakah sebenarnya yg dimahukan oleh kerajaan Selangor skrg ini dgn tindakan mereka ini, ternyata mereka tak perlukan sokongan Belia secara keseluruhannya. Wallahualam.

Sambutlah kata-kata keramat gerakan belia 4B 'BERGERAK'. 3x
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday 25 March 2012

Info YCare/4B Prihatin

Sesiapa yang terjumpa Muhammad Danish Haiqal (2tahun) yang hilang dalam lingkungan jam 8 pagi tadi di Jinjang, Kepong tolong hubungi ibunya +60173844981 (Azura).

Atau TOLL FREE YCARE-ADUAN BELIA MALAYSIA 1800-88-3077 atau terus menghubungi pihak polis.

INFO: Danish memakai baju berwarna biru dan dilarikan di dalam sebuah Myvi hitam tidak dikenali.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday 18 March 2012

KEMATIAN RAFIZI SATU KEHILANGAN BESAR

Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia yang mewakili seluruh ahli GB4B mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Rafizi Hamdan, pelumba basikal pelapis negara yang kembali ke rahmatullah pagi tadi akibat dilanggar oleh sebuah kenderaan dalam kejadian langgar lari jam 7.30 pagi tadi.

Mangsa yang baru berumur 37 tahun meninggalkan seorang balu dan 2 orang anak. Mangsa dikatakan keluar pada pagi tadi untuk berjumpa dengan rakan-rakan kelab berbasikal apabila dipercayai sebuah kereta jenis proton saga merempuh mangsa dari belakang yang mengakibatkan mangsa cedera parah dan kemudiannya meninggal dunia.

Bagi seluruh ahli Gerakan Belia 4B Malaysia, kematian Rafizi adalah satu kehilangan besar buat golongan belia apatah lagi dalam sukan berbasikal tanah air.

Monday 12 March 2012

SKUAD PRIHATIN MENERUSKAN KHIDMAT

Skuad prihatin GB4B Malaysia masih meneruskan khidmat kemasyarakatan di kawasan yang dilanda banjir seperti di kawasan Ampang dan Hulu Langat.

Walaupun sudah 6 hari kejadian banjir melanda beberapa kawasan di Ampang dan Hulu Langat Pasukan Skuad 4b Perihatin masih lagi menghantar sukarelawan dalam membantu mangsa.

Antara bantuan yang dihulurkan pada hari ini ialah membersihkan kawasan terbabit bersama-sama dengan pasukan bantuan dari Angkatan Tentera Malaysia, SHEB, FAMA, Briged Putra UMNO Malaysia dan lain-lain lagi yang turut sama dalam menghulurkan bantuan.

Selain dari itu Skuad Prihatin juga ditugaskan untuk membenatu menghantar bantuan berupa makanan serta peralatan rumah kepada para mangsa.

KENDERAAN SKUAD PRIHATIN SELANGOR
DI KAWASAN BANJIR

SKUAD PRIHATIN MEMBANTU DI RUMAH MANGSA

PRESIDEN TURUT TERLIBAT DALAM MEMBERSIHKAN
RUMAH MANGSA

PASUKAN SUKARELAWAN FAMA DAN GB4B

SKUAD PRIHATIN MENGAMBIL BEKALAN MAKANAN
UNTUK DIAGIHKAN KEPADA MANGSA

Saturday 10 March 2012

MENTERI BELIA DAN SUKAN BERI SEMANGAT PADA SUKARELAWAN

Setelah 4 hari kawasan Ampang di landa banjir, hari ini Menteri Belia dan Sukan hadir melawat mangsa-mangsa banjir dan seterusnya melawat bilik gerakan bencana. Datuk Seri Shabri Chek juga telah melawat bilik Gerakan Sukarelawan Belia bagi memantau aktiviti yang di jalankan.

Beliau juga telah pergi melawat mangsa-mangsa yang di landa masalah disamping memberi semangat kepada mereka. Berikut ialah gambar-gambar semasa lawatan beliau ke kawasan yang terlibat.

MENTERI BELIA DAN SUKAN MENGENAKAN KASUT GETAH
UNTUK MASUK KE KAWASAN BENCANA


MENDENGAR TAKLIMAT DARI KETUA UMNO BAHAGIAN
AMPANG DATO' ISMAIL KIJO


BERSAMA KETUA UMNO AMPANG MELAWAT MANGSA
MELAWAT KE PUSAT PEMINDAHAN BANJIR

GAMBAR BANTUAN YANG DIHANTAR OLEH MBM

Majlis Belia Malaysia juga turut menghantar bantuan kepada mangsa banjir di kawasan Ampang, bantuan disampaikan oleh Setiausaha Agung MBM pada jam 4 petang tadi.

Bantuan yang dihantar berupa air mineral, pampers, biskut dan tuala wanita.













BANTUAN BANJIR SKUAD PRIHATIN

Skuad Prihatin GB4B Malaysia meneruskan bantuan kemanusiaan di kawasan Ampang yang di landa musibah banjir pada 7 haribulan yang lepas.

Ini semua adalah inisiatif yang telah diberikan oleh Presiden GB4B Malaysia dan didokong serta disokong oleh GB4B Selangor.

Berikut ialah gambar-gambar bantuan yang dihulurkan pada 8, 9 dan 10 march 2012