Thursday 29 March 2012

PRESIDEN GB4B KESAL DENGAN TINDAKAN KERAJAAN SELANGOR

Tindakan menaikkan sewa keatas pejabat Majlis Belia Selangor amat mengecewakan para belia negeri khususnya Belia 4B Selangor yang juga bernaung di bawah MBS.

Saya selaku Presiden GB4B Malaysia merasakan bahawa tindakan ini amat tidak wajar dilakukan oleh kerajaan negeri, ini kerana Majlis Belia bukanlah sebuah badan yang mempunyai keuntungan seperti sebuah syarikat perniagaan.

Majlis Belia juga menjadi tempat bernaung kepada persatuan-persatuan belia yang mana ianya secara tidak langsung membabitkan kebajikan belia di semua peringkat.

Saya mewakili seluruh ahli-ahli belia khas nya 4B melahirkan rasa kekecewaan dalam hal sebegini,
Saya juga berpendapat bahawa, sebagai sebuah kerajaan yang mentadbir sebuah negeri yang paling kaya didalam negara ini, adalah mustahil untuk kerajaan mengalami kerugian jika tidak menaikkan sewa bangunan tersebut.

Akhir kata dari saya, saya menyeru semua belia2 di Selangor membuka mata dan melihat apakah sebenarnya yg dimahukan oleh kerajaan Selangor skrg ini dgn tindakan mereka ini, ternyata mereka tak perlukan sokongan Belia secara keseluruhannya. Wallahualam.

Sambutlah kata-kata keramat gerakan belia 4B 'BERGERAK'. 3x
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment