Sunday 5 August 2012

KEMBARA INDAHNYA RAMADHAN DI PARIT BUNTAR

Kembara Indahnya Ramadhan anjuran Gerakan Belia 4B Malaysia hari ini telah sampai ke Parit Buntar Perak.

Program yang mempunyai pengisian dimana sumbangan berupa barangan dapur dihulurkan bagi mereka yang memerlukan.

Pada 3hb Ogos yang lalu, KIR4B telah berkunjung ke rumah anak-anak yatim di Gombak dan telah dirakam oleh pihak RTM1 bagi slot Rancangan Selamat Pagi Malaysia (SPM) jam 8.30 pagi.

Bagi anda yang tidak dapat mengikuti rancangan tersebut boleh juga menonton rakaman melalui youtube dengan mengikuti pautan dibawah.

http://m.youtube.com/#/watch?feature=youtube_gdata_player&v:sMfA1wdIGyY&gl=US

Di Kuala Kurau hari ini Kembara Indahnya Ramadhan telah menemui Ketua UMNO Bahagian Tuan haji Mohd Salleh bin Mat Desa.

Kembara akan diteruskan lagi selepas ini dengan menuju ke Permatang Pauh sebagai destinasi berikut.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment