Wednesday 18 April 2012

MAJLIS MENANDATANGANI MOU GERAK KORPORAT GB4B M'SIA BERSAMA ODC DELUXE

ODC Deluxe (M) Sdn Bhd hari ini menandatangani MOU bersama Gerak Korporat Gerakan Belia 4B Malaysia.

Syarikat ODC Deluxe adalah sebuah syarikat bumiputera yang mengeluarkan produk minyak kelapa dara, syarikat ini bercita-cita untuk mempromosikan minyak kelapa dara dipersada dunia, itu kata-kata Pengarah Urusan ODC Deluxe, En. Mohd Azhar Abd Razak semasa ucapan pembukaan beliau di majlis tersebut.

Beliau juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada Gerak Korporat GB4B Malaysia kerana sudi mengambil atau memilih syarikat ODC Deluxe untuk menjadi mentor kepada para belia.

Dalam ucapan Sdr Abdul Rizam selaku Pengerusi Gerak Korporat GB4B Malaysia pula, beliau mengatakan bahawa ini adalah salah satu sejarah kerana ODC Deluxe sendiri ingin menjadi mentor kepada belia seluruh Malaysia.

Menurut beliau untuk menjadi usahawan biasanya memerlukan modal yang besar tetapi pada hari ini ODC telah memberi peluang kepada belia untuk menjadi usahawan dengan modal serendah RM500 sahaja, dan ini adalah satu peluang kepada belia untuk menjadi usahawan.

Menurut saudara Rizam lagi, Rakan 4Biz kini sedang melangkah ke peringkat kedua dimana satu hari nanti Rakan 4Biz akan mewujudkan malam anugerah kepada usahawan-usahawan yang berjaya.

Beliau juga meminta supaya mentor-mentor ini akan mengambil peluang sempena dengan Himpunan Jutaan Belia di PutraJaya pada 23 hingga 27 Mei nanti, ini kerana seramai lebih dari 50 ribu orang belia akan tidur di PutraJaya dan kehadiran dijangka akan melebihi dari 2 juta belia dan Perdana Menteri juga ingin menjadikan PutraJaya sebagai bandar mesra belia.

Dalam akhir ucapan saudara Rizam, beliau berkata esok jam 7.42 pagi beliau akan keudara bersama BERNAMA radio dan beliau akan mewar-warkan tentang minyak kelapa dara keluaran ODC ini, beliau juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada GB4B Selangor yang begitu komited dengan program Mentor Menti ini.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

2 comments:

  1. Jom sertai program rakan4biz mentor mentee bersama ODC Deluxe, banyak program yang bermanfaat untuk pembangunan diri terutama dalam kerjaya. Jom!

    ReplyDelete
  2. PREVIEW POTENSI : Kenali potensi diri anda & tahap kesihatan anda melalui tarikh lahir, warna diri dan matriks penomboran..Jika berminat,sila hadir ke centre odc di Empire Soho

    ReplyDelete