Monday 29 October 2012

KBS Belum Terima Kertas Cadangan Penganjuran Sukan SEA

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Kementerian Belia dan Sukan masih belum menerima sebarang kertas kerja cadangan daripada Majlis Olimpik Malaysia (MOM) berhubung penganjuran Sukan SEA 2017.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata pihaknya memerlukan laporan terperinci mengenai cadangan itu untuk dibincangkan di peringkat Kabinet.

"Setakat ini, saya hanya mendengar melalui media bahawa Setiausaha Agung MOM akan mengemukakan kertas kerja tersebut. Kita memerlukan satu laporan (Sukan SEA) yang terperinci," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Pengurus Majlis Sukan Negara (MSN) di sini, Isnin.

MOM sebelum ini bercadang menganjurkan Sukan SEA 2017 sebagai mematuhi sistem giliran yang ditetapkan Persekutuan Sukan SEA, namun pada peringkat awalnya ia tidak dipersetujui oleh KBS kerana dikhuatiri melibatkan perbelanjaan yang besar.

Ahmad Shabery berkata mesyuarat itu turut menetapkan 28 Jun hingga 7 Julai sebagai tarikh penganjuran Sukan Malaysia (Sukma) ke-16 di Kuala Lumpur tahun depan yang bersamaan dengan cuti institusi pengajian tinggi.



-- BERNAMA
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday 25 October 2012

UCAPAN PRESIDEN GB4B SEMPENA HARI RAYA QURBAN

Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar
Lailahaillallah huallah huakbar
Allahuakbar walillahilhamd

Saya Mua'amar Ghadafi Jamal selaku Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia mewakili seluruh Majlis Kerja Tertinggi 4B Malaysia serta Ahli Ahli Belia 4B diseluruh negara mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Qurban 1433 Hijrah.

Dalam kita bergembira menyambut Hari Raya Qurban ini, maka marilah kita bersama sama menghayati erti pengorbanan yang sebenar-benarnya.
Ibadah Qurban sebenarnya mempunyai pengertian yang amat luas oleh itu kita semua perlu memperhalusi erti yang sebenarnya. Para belia pada hari ini juga seharusnya mencontoi pengorbanan yang di lakukan oleh Nabi Allah yang sanggup mengorbankan diri demi memenuhi tuntutan Allah. Para belia seharusnya sanggup mengorbankan sedikit kepentingan diri dema Agama bangsa dan negara.

Saya menyeru kepada semua warga belia agar kita semua bersama sama menghayati ibadah suci ini dan semoga ianya mendapat berkat dari Allah SWT.

Akhir kata, saya sekali lagi mengucapkan selamat menyambut hari raya Qurban 1433 hijrah. 'BERGERAK'
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone