Sunday, 25 November 2012
HIMPUNAN WANITA MUDA BERJAYA TARIK PESERTA DILUAR JANGKAAN
Program yang mensasarkan kehadiran hanya 10'000 peserta telah mendapat sambutan diluarjangkaan dimana hampir 15000 orang peserta hadir dari seluruh pelusuk tanah air.
Tahniah kepada Pergerakan Puteri UMNO Malaysia dan GerakWanis Gerakan Belia 4B Malaysia serta parti komponen BN yang begitu komited dalam menjayakan program tersebut.
Untuk melihat gambar gambar semasa program diadakan sila klik pada gambar dibawah dan jangan lupa untuk klik like pada page kami GB4B Malaysia tanda sokongan anda semua.
SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN SETIUSAHA AGUNG GB4B
Ucapan selamat ini juga disampaikan oleh Presiden GB4B Malaysia saudara Mua'amar Ghadafi Jamal.
Seluruh ahli Gerakan Belia 4B memanjatkan doa supaya dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur serta diberi kesihatan yang berpanjangan untuk terus berkhidmat dalam Gerakan Belia 4B.
Tahniah sekali lagi.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Wednesday, 21 November 2012
SEKITAR MAJLIS PERASMIAN PEJABAT BARU ODC DELUXE
Turut hadir dalam majlis perasmian tersebut ialah Presiden Gerakan Belia 4B bersama sama dengan barisan Majlis Kerja Tertinggi Belia 4B Kebangsaan.
Antara yang hadir dalam majlis perasmian tersebut ialah, Sdr Abdul Rizam (Pengerusi Gerak Korporat), Sdr Ahmad Zakir (S/U Gerak Korporat) Sdr Shaihuddin (Peng.GB4B Selangor), Sdr Fuad Zainoldin (Majlis Kerja Tertinggi GB4B).
Turut berada di Majlis Perasmian ini ialah kumpulan sukarelawan Aman Gaza yang hadir untuk mengumpul dana bagi membantu mangsa mansa perang di Palestin.
ODC Deluxe telah diangkat sebagai Mentor dalam program Mentor Mentee Gerak Korporat GB4B Malaysia untuk melahirkan usahawan usahawan muda dibawah naungan syarikat ODC Deluxe.
CEO syarikat ODC Deluxe, En Azhar Abd Razak dalam ucapan aluan perasmian berkata, beliau merasa amat teruja apabila Presiden Gerakan Belia 4B Kebangsaan telah sanggup meluangkan masa untuk hadir dalam majlis perasmian ini.
Beliau mengakui bahawa selepas jatuh dalam bidang perniagaan, beliau telah dinaikkan semula oleh Gerakan Belia 4B.
Pada peringkat awal beliau hanya mempunyai modal sebanyak RM 5 ribu ringgit dan beliau telah menggunakan platform Belia 4B sebagai landasan untuk beliau naik ke atas dan berjaya pada hari ini.
En Azhar juga berkata, produk yang menggunakan bahan asas dari minyak kelapa dara, beliau merasa amat bangga dengan produk yang menggunakan Minyak Kelapa Dara ini kerana ianya adalah penggunaan nenek moyang kita dahulu dan kini ianya dikenali hingga ke luar negara setanding dengan produk produk yang sudah terkenal diseluruh dunia.
Beliau juga menyebut bahawa ODC Deluxe telah berjaya mewujudkan usahawan usahawan muda melalui program Mentor Mentee ini.
En Azhar berkata lagi bahawa beliau amat menghormati Gerakan Belia 4B sebagai wadah perjuangan bagi belia belia melayu.
Pengerusi Gerak Korporat Gerakan Belia 4B Malaysia dalam ucapan aluan beliau pula mengatakan bahawa Gerak Korporat memilih syarikat mana untuk menjadi Mentor bagi golongan belia, dan beliau berasa bangga dengan pencapaian ODC Deluxe yang mana telah banyak membantu menaikkan nama Gerakan Belia 4B.
Beliau juga berkata bahawa disepanjang lebuhraya utara selatan terdapat hampir sepuluh papan iklan mentor mentor yang tertera logo Rakan4Biz.
Beliau berkata ODC Deluxe perlu untuk menaikkan semangat secara berterusan kepada Mentee untuk kesinambungan usahawan usahawan ODC Deluxe dan beliau berdoa agar ODC Deluxe akan terus mendapat rahmat dari Allah dan lebih berjaya.
Dalam ucapan perasmian yang disempurnakan oleh Presiden Gerakan Belia 4B Kebangsaan, Sdr Mua'amar Ghadafi Jamal bin Datuk Wira Jamaluddin berkata beliau amat bersemangat dengan slogan ODC Deluxe 'you are the best, I'm the best, we are the best'.
Beliau juga mengucapkan tahniah kepada Rakan4Biz dan juga syarikat ODC Deluxe yang telah berjaya dalam menjadi mentor yang amat berjaya. Beliau juga merasa bangga dengan kejayaan ODC Deluxe yang kini mampu mempunyai sebuah pejabat di kawasan yang boleh dianggap mewah dan strategik.
Saudara presiden juga mengharapkan supaya rakan rakan belia menjemput seberapa ramai ahli belia untuk menceburi bidang perniagaan bersama sama ODC Deluxe dan mentor mentor lain.
Beliau mengingatkan supaya belia belia dan ODC Deluxe supaya tidak lari dari niat asal dan berpegang kepada niat tersebut.
Presiden juga memberi cabaran kepada syarikat ODC Deluxe untuk terus mengembangkan sayap perniagaan ke luar negara dan dengan lafaz Bismillahirrahmanirahim beliau merasmikan pejabat ODC Deluxe.
Sebelum kesemua jemputan dihidangkan dengan jamuan ringan, video perkembangan syarikat ini telah diputarkan untuk tontonan para jemputan.
Gerakan Belia 4B Malaysia mengucapkan jutaan terima kasih diatas penghormatan yang diberikan kepada Presiden kami sdr Mua'amar Ghadafi.
'Bergerak..Bergerak..Bergerak'
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Monday, 19 November 2012
JOM RAMAI RAMAI KE HIMPUNAN WANITA MUDA 2012
Perlbagai acara menarik menanti anda disana. Jangan lepaskan peluang keemasan untuk bersama sama dengan YBhg Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor yang akan turut bersama sama memeriahkan program itu nanti.
Thursday, 15 November 2012
JEMPUTAN KE HIMPUNAN WANITA MUDA NEGARA 2012
Untuk maklumat lanjut tentang program, anda semua boleh melayari link di bawah
http://bit.ly/SrCzt2
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone