Thursday 27 December 2012

BANTUAN MANGSA BANJIR SKUAD PRIHATIN GB4B

Satu mesyuarat bilik gerakan banjir telah diadakan hari ini dan GB4B Malaysia telah menetapkan bahawa 3 buah negeri akan menghantar skuad 4B Prihatin dalam usaha membantu mangsa banjir yang terlibat di negeri negeri di pantai timur.

Antara negeri yang telah bersetuju untuk menghantar wakil skuad prihatin ialah negeri Perlis yang melibatkan seramai 40 orang sukarelawan, Selangor seramai 40 orang dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur seramai 80 orang.

Gerakan Belia 4B Malaysia juga telah membuka Bilik Gerakan 24 jam untuk menerima segala bantuan dari orang ramai, ahli korporat, badan bukan kerajaan dan sebagainya demi untuk membantu mangsa mangsa banjir tersebut.

Oleh itu juga, Gerakan Belia 4B memohon kepada semua untuk sama sama membantu meringankan beban mangsa banjir di kawasan kawasan yang terlibat.

Antara bantuan yang diperlukan ialah, Pakaian, peralatan sekolah, tuala, tuala wanita, lampin pakai buang dan ubat nyamuk.

Semua barangan tersebut boleh dihantar ke ibu pejabat sekretariat GB4B Malaysia atau berhubung terus dengan En. Sharul Kamal Mustafa di talian 03-22824649 (waktu pejabat) atau 0172499409 (lepas waktu pejabat)

Sebelum itu, EXCO 4B Malaysia yang juga merupakan Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri telah turun bagi membantu mangsa di Kuantan Pahang bersama sama dengan Gerakan Belia 4B Pahang serta beberapa badan bukan kerajaan dan pasukan keselamatan.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment