Friday 21 June 2013

@MuaamarGhadafi SELAMAT HARI LAHIR BUAT TIMBALAN PRESIDEN GB4B MALAYSIA

Gerakan Belia 4B Malaysia mengucapkan selamat hari lahir kepada Timbalan Presiden, Saudara Mohd Nizam Omar yang menyambut hari sempena ulang tahun kelahiran beliau pada hari ini.

Bagi pihak Presiden serta ahli Gerakan Belia 4B, kami mendoakan agar saudara sentiasa dilindungi Allah serta berada dalam keadaan baik dan sihat untuk menjalankan tugas serta tanggungjawab sebagai pemimpin di pelbagai peringkat.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday 18 June 2013

SELAMAT HARI LAHIR

Gerakan Belia 4B Malaysia mengucapkan selamat hari lahir buat salah seorang staff sekretariat Ibu Pejabat GB4B Malaysia, saudari Shima hari ini.

Didoakan semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki serta mendapat keberkatan dari Allah SWT.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday 23 May 2013

Gambar Karnival Belia Putrajaya

Program karnival belia PutraJaya sedang berlangsung pada hari ini, kepada semua para belia dijemput untuk bersama sama meramaikan program tersebut yang bertempat di PutraJaya.

Perlbagai program menarik diadakan khusus untuk para belia menanti anda disini.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Saturday 18 May 2013

HILANGNYA SEORANG PEJUANG

Al-Fatihah..baru sebentar tadi diberitakan bahawa Ketua Pergerakan Pemuda Bahagian Bagan Serai, saudara Sharudin Ahmad telah meninggal dunia.

Allahyarham yang dimasukkan ke hospital tiga hari lepas setelah tidak sedarkan diri (koma) akibat dari jangkitan kuman dalam darah.

Pemergian arwah pasti amat dirasai oleh seluruh pergerakkan pemuda UMNO kerana arwah begitu komited dalam menjalankan amanah sebagai ketua pergerakan itu di bahagian Bagan Serai.

Arwah yang juga merupakan pengerusi Gerakan Belia 4B kawasan Bagan Serai dan pengerusi Majlis Belia Daerah Kerian telah dicalonkan sebagai calon Barisan Nasional baru baru ini.

Semoga Allah menempatkan roh arwah di kalangan orang orang beriman serta bertaqwa.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday 28 March 2013

@Muaamarghadafi KARNIVAL ASTRO FIESTA MESRA BELIA 1MALAYSIA PARLIMEN PARIT

Pada 29 hingga 31 Mac 2013 ini akan dilangsungkan Karnival Astro Fiesta Mesra Belia 1 Malaysia Parlimen Parit di sekitar Pekan Bota Kanan.
karnival ini dibawakan oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dan ASTRO, dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Perak Tengah, Pusat Khidmat AHli Parlimen Parit, UMNO Bahagian Parit dan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Parit.
 
Selaku Pengerusi Penganjur yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Parit, Sdr Khairul Shahril Mohamed, berbagai aktiviti dan program akan dijalankan pada tarikh berkenaan.

Bermula dengan 29 Mac akan diadakan wayang pacak pd sebelah malam di Pdg SMK DARY, Bota, pada 30 Mac pula akan berlangsung acara funride, pertandingan gubahan & masakan, pertandingan pakaian beragam & mewarna kanak-kanak, sukan rakyat, pertandingan tarik tali, pertandingan dam aji & karom, mencari mencuba go kart, flying fox, pocket bike & go kart, pertandingan karaoke, derma darah, pemeriksaan kesihatan & gigi percuma, pameran agensi, himpunan big bike & auto show dan persembahan artis terkenal di sebelah malam. manakala pada 31 Mac akan diadakan Karnival Sukan seperti Futsal Padang, Bola Jaring 3on3, Badminton & Sepak Takraw.
 
Kemuncaknya pada malam 31 Mac 2013 akan berlangsung Ceramah Perdana oleh penceramah terkenal A.F. Ustad Kazim Elias Al Hafiz pada jam 9 malam di Padang SMK DARY.
 
"Kita menjangkakan kehadiran orang ramai seramai 15 ribu sepanjang program ini berlangsung yang mana kita berharap dapat menarik minat orang ramai dari sekitar Parlimen Parit dan kawasan berhampiran seperti dari Ayer Tawar, Beruas, Manong, Batu Gajah, Kampung Gajah dan Ipoh."
 
"Disamping itu, program ini meliputi penyertaan semua peringkat umur dari kanak-kanak hingga dewasa dan penekanan kepada penyertaan golongan muda dan sesuai dengan tema BN Pilihan Orang Muda."
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday 12 March 2013

BANTUAN MBM SAMPAI KE LAHAD DATU

Seramai 6 orang pegawai dan ahli jawatankuasa serta sekretariat Majlis Belia Malaysia yang membawa Misi Bantuan dan Kempen Perpaduan selamat sampai ke Lahad Datu semalam dalam misi yang dinamakan DAULAT NEGARA BELIA MALAYSIA

Rombongan pasukan ini telah di ketuai oleh Timbalan Presiden MBM, saudara Mua'amar Ghadafi Jamal, diikuti dengan Naib presiden, saudara Manndzri Nasib, Setiausaha Agung Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM), saudara Fadzli, Penolong Setiausaha Majlis Belia Malaysia, saudara Ahmad Saparuddin, exco MBM saudara Rizan Hasan dan sekretariat MBM, saudara Wan.

Dalam misi kali ini, Majlis Belia Malaysia betindak menghantar pasukan seramai 5 orang ini untuk menyampaikan bantuan daripada MBM yang perihatin dengan permasalahan yang melanda kawasan Lahad Datu yang diserang oleh penceroboh dari pengikut kesultanan sulu.

Menurut kata Timbalan Presiden MBM, saudara Mua'mar Ghadafi, misi ini juga sebenarnya adalah untuk menzahirkan sokongan rakyat Malaysia terhadap pasukan keselamatan yang telah menerima pelbagai tohmahan dari pihak tidak bertanggungjawab dan mereka (MBM) juga menyampaikan reben biru sebagai lambang perpaduan serta keamanan kepada pasukan keselamatan serta orang ramai.

Ini juga adalah salah satu cara untuk menjalinkan hubungan rapat diantara Majlis Belia Malaysia dengan pasukan keselamatan, NGO-NGO serta belia belia yang terdapat disini, ujar beliau lagi.

Dalam misi ini Majlis Belia Malaysia telah membawa bantuan dalam bentuk
Air minuman - 13000 botol
Mknan Kering - 10000 pek
Dan mereka mengedarkan sebanyak
5000 riben biru bagi menyatakan sokongan para belia Malaysia kepada pasukan keselamatan yg bertugas di Lahad Datu, Sabah.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Saturday 9 March 2013

KEMPEN MBM DAPAT SAMBUTAN HANGAT

Kuala Lumpur, 8 Mac 2013 - Majlis Belia Malaysia (MBM) mengambil perhatian serius terhadap isu pencerobohan di Lahad Datu Sabah yang mana telah menaikkan kemarahan seluruh rakyat Malaysia di samping kekejaman yang telah dilakukan oleh pihak penceroboh terhadap pasukan keselamatan Malaysia. Sehubungan itu, MBM sebagai badan induk pertubuhan belia negara ini bersama badan gabungannya telah mengambil inisiatif

Untuk bacaan lanjut sila klik

http://bit.ly/X7BYF9




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone