Wednesday 30 January 2013

@NajibRazak SELAMAT DATANG KE NEGERI KEDAH

Gerakan Belia 4B Kedah mengucapkan selamat datang kepada Perdana Menteri ke Program Himpunan Anak Muda Kedah bersama Perdana Menteri di stadium Suka Menanti di Alor Setar petang ini.

Ribuan warga muda sudah menanti kehadiran Perdana Menteri yang dijangka tiba jam 4 petang nanti.

Bukti sokongan belia kepada kepimpinan Perdana Menteri serta kerajaan.

Ayuh warga belia Kedah, ramai ramai kita gegarkan stadium Suka Menanti.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday 23 January 2013

TAHNIAH FUAD MKT 4B MALAYSIA DIATAS MAJLIS PERNIKAHAN

Gerakan Belia 4B Malaysia mengucapkan setinggi tinggi tahniah kepada saudara Mohd Fuad Zainolddin Ahli Majlis Kerja Tertinggi 4B Malaysia diatas majlis pernikahan beliau pada hari ini.

Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia yang juga Timbalan Presiden Majlis Belia Malaysia turut sama meraikan majlis akad nikah beliau yang berlangsung pada jam 11 pagi disertai oleh rakan rakan dari GB4B kawasan Parit Buntar dan para jemputan dimulai dengan bacaan doa selamat di rumah beliau di Taman Kerian Parit Buntar.

Saudara Fuad telah diijabkabulkan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan Guar Perahu Hj.Mohd Idrus Bin Abdullah bersama pasangannya Nur Julia binti Azami.

Majlis yang berlangsung di masjid Kampung Pelek Penanti Seberang Prai Tengah Pulau Pinang yang juga berhampiran dengan kediaman pengantin perempuan.

Seluruh ahli Gerakan Belia 4B mengucapkan tahniah sekali lagi dan didoakan agar jodoh saudara Fuad kekal hingga ke akhir hayat.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday 20 January 2013

SETINGGI TINGGI TAHNIAH UNTUK JAWATANKUASA BARU MBM

Ahli Majlis Tertinggi Gerakan Belia 4B Malaysia beserta seluruh ahli mengucapkan setinggi tinggi tahniah kepada Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia Malaysia yang baru dinobatkan sebentar tadi.

Seluruh kepimpinan dan ahli GB4B Malaysia berharap agar kepimpinan baru ini dapat menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh ahli ahli persatuab serta pertubuhan belia seluruh tanah air.

Dengan terbinanya ahli jawatankuasa Dewan Tertinggi ini juga diharap dapat mengimarahkan lagi pergerakan serta perjalanan belia dimasa akan datang.

Dengan gandingan mantap yang diperolehi daripada kepercayaan perwakilan gabungan Majlis Belia Malaysia maka suara belia itu sendiri seharusnya dapat didengari oleh pihak kepimpinan kerajaan melalui MBM.

Akhir kata, kami dari Gerakan Belia 4B Malaysia dengan ikrar, menyokong penuh kepimpinan baru yang terbentuk pada hari ini.

Sambutlah seruan Gerakan Belia 4B Malaysia, BERGERAK,BERGERAK,BERGERAK





Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Saturday 19 January 2013

HIMPUNAN HARI KE DUA MAJLIS BELIA MALAYSIA

Ikuti gambar gambar sepanjang hari ke dua Himpunan Majlis Belia Malaysia di
http://bit.ly/13RmRzL


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

TAHNIAH DAN SYUKUR ALHAMDULILLAH

'BERGERAK..BERGERAK..BERGERAK'

Gerakan Belia 4B Malaysia mengucapkan tahniah kepada Presiden GB4B Malaysia dan bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana limpah kurnia serta hidayahnya telah membuka ruang dan peluang kepada Gerakan Belia 4B Malaysia untuk memenangi kerusi Timbalan Presiden Majlis Belia Malaysia dalam mesyuarat perwakilan MBM bermula pada 10 hingga 20 haribulan Januari.

Gerakan Belia 4B yang di wakili oleh Presiden GB4B Malaysia iaitu saudara Mua'amar Ghadafi Jamal Datuk Wira Jamaludin telah memenangi kerusi tersebut tanpa bertanding.

Walau bagai mana pun, GB4B Malaysia mengucapkan terima kasih kepada seluruh para perwakilan yang telah memberi sokongan dan dokongan kepada wakil GB4B untuk berkhidmat didalam Majlis Belia Malaysia.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday 18 January 2013

GAMBAR HARI PERTAMA HIMPUNAN MBM

Semalam telah berlangsung hari pembukaan Himpunan serta pemilihan Majlis Belia Malaysia kali ke 61 di Summit Hotel Subang Jaya.

Ikuti gambar gambar sepanjang hari pertama ini di http://bit.ly/UVHRyt



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone