Saturday 28 April 2012

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

MUAR 28 April - Kementerian Belia dan Sukan yakin program Himpunan Jutaan Belia pada bulan depan mampu menarik dua juta belia berdasarkan 500 program dengan 1,000 aktiviti yang disediakan untuk mereka.

Timbalan Menterinya, Datuk Razali Ibrahim berkata, sasaran itu tidak mustahil dicapai kerana melalui himpunan yang sama tahun lalu dengan 200 program telah berjaya mengumpulkan 1.2 juta belia dalam tempoh tiga hari ia diadakan.

"Jika angka itu menjadi kenyataan, sekali gus matlamat menjadikannya sebagai satu daripada 10 perhimpunan terbesar di dunia akan turut dicapai pada tahun ini.

"Kali ini kita akan adakan selama lima hari dan menyediakan 23 pentas di Putrajaya untuk membolehkan golongan belia mengadakan aktiviti pentas mereka sepanjang program itu," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Karnival Mesra Belia Daerah Muar di Dataran
Tanjung Emas, di sini hari ini.

Himpunan Jutaan Belia selama lima hari bermula 23 hingga 27 Mei itu akan dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya.

Terdahulu, Razali bersama Pegawai Daerah Muar, Amran Othman berbasikal mengelilingi Bandar Diraja Muar bersama lebih 300 belia dari daerah ini.

Razali berkata, melalui penyertaan 1.2 juta belia dalam program tersebut pada tahun lalu, ia turut menyumbang 0.014 peratus atau RM102 juta kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) daripada aktiviti perniagaan selama tempoh tiga hari itu.

Beliau percaya jumlah itu akan dapat dipertingkatkan kali ini memandangkan tempoh himpunan tersebut dilanjutkan kepada lima hari berbanding tiga hari pada tahun lalu.

Mengenai sambutan Hari Belia Negara pada 15 Mei ini, Razali memberitahu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan melancarkan perayaan tersebut.

PELUANG PEKERJAAN UNTUK BELIA DI KLUANG



KLUANG 28 April - Lebih 40,000 kekosongan jawatan ditawarkan menerusi pembangunan hab industri minyak dan gas di Pengerang, Kota Tinggi.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Md. Jais Sarday berkata, kekosongan itu meliputi tenaga kerja semasa pembinaan loji bagi golongan pekerja mahir, separuh mahir dan bukan mahir.
"Pembangunan hab itu juga menawarkan 4,000 kekosongan jawatan secara tetap semasa peringkat operasi," katanya semasa merasmikan Karnival Kerjaya, Perniagaan dan Kemahiran (Kepak) 2012 peringkat daerah Kluang, di sini semalam.

Kepak yang diadakan selama tiga hari bermula semalam di Kluang Walk@Persiaran Dato' Haji Ismail Hassan bertujuan mendedah dan memadankan kumpulan sasar dengan peluang kerjaya setempat di negeri ini dan di Iskandar Malaysia

Wednesday 18 April 2012

MAJLIS MENANDATANGANI MOU GERAK KORPORAT GB4B M'SIA BERSAMA ODC DELUXE

ODC Deluxe (M) Sdn Bhd hari ini menandatangani MOU bersama Gerak Korporat Gerakan Belia 4B Malaysia.

Syarikat ODC Deluxe adalah sebuah syarikat bumiputera yang mengeluarkan produk minyak kelapa dara, syarikat ini bercita-cita untuk mempromosikan minyak kelapa dara dipersada dunia, itu kata-kata Pengarah Urusan ODC Deluxe, En. Mohd Azhar Abd Razak semasa ucapan pembukaan beliau di majlis tersebut.

Beliau juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada Gerak Korporat GB4B Malaysia kerana sudi mengambil atau memilih syarikat ODC Deluxe untuk menjadi mentor kepada para belia.

Dalam ucapan Sdr Abdul Rizam selaku Pengerusi Gerak Korporat GB4B Malaysia pula, beliau mengatakan bahawa ini adalah salah satu sejarah kerana ODC Deluxe sendiri ingin menjadi mentor kepada belia seluruh Malaysia.

Menurut beliau untuk menjadi usahawan biasanya memerlukan modal yang besar tetapi pada hari ini ODC telah memberi peluang kepada belia untuk menjadi usahawan dengan modal serendah RM500 sahaja, dan ini adalah satu peluang kepada belia untuk menjadi usahawan.

Menurut saudara Rizam lagi, Rakan 4Biz kini sedang melangkah ke peringkat kedua dimana satu hari nanti Rakan 4Biz akan mewujudkan malam anugerah kepada usahawan-usahawan yang berjaya.

Beliau juga meminta supaya mentor-mentor ini akan mengambil peluang sempena dengan Himpunan Jutaan Belia di PutraJaya pada 23 hingga 27 Mei nanti, ini kerana seramai lebih dari 50 ribu orang belia akan tidur di PutraJaya dan kehadiran dijangka akan melebihi dari 2 juta belia dan Perdana Menteri juga ingin menjadikan PutraJaya sebagai bandar mesra belia.

Dalam akhir ucapan saudara Rizam, beliau berkata esok jam 7.42 pagi beliau akan keudara bersama BERNAMA radio dan beliau akan mewar-warkan tentang minyak kelapa dara keluaran ODC ini, beliau juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada GB4B Selangor yang begitu komited dengan program Mentor Menti ini.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday 6 April 2012

PERJANJIAN PERSEFAHAMAN GERAK KORPORAT BERSAMA HERBS GARDENS

Gerak Korporat hari ini melakar sejarah sekali lagi apabila telah berjaya menandatangani perjanjian persefahaman bersama syarikat Medik Pharma yang mengeluarkan produk Herbs Garden.
Syarikat yang dimiliki oleh seratus peratus bumiputera ini mengeluarkan produk makanan kesihatan berasaskan herba warisan.
Pemilik syarikat, Puan Faten Fariza memilih Gerak Korporat GB4B Malaysia kerana beliau merasakan bahawa ini adalah satu jalan untuk memberi peluang kepada belia-belia yang berminat untuk menjadi usahawan.
Beliau mengalu-alukan penglibatan para belia untuk bersama-sama dengan syarikat beliau untuk memasarkan barangan yang dihasilkan oleh syarikat ini.
Pengerusi Gerak Korporat, saudara Abdul Rizam berkata, beliau melihat bahawa produk yang dikeluarkan oleh Herbs Garden mempunyai potensi dimasa hadapan dalam memberi peluang kepada para belia.
"Kita berharap agar akan ada lebih lagi syarikat yang berminat untuk membantu belia dalam menjadi usahawan" kata beliau.